Artikel Terbaru »

Toyota AE86

Wednesday, January 5, 2011

Toyota AE86
Jenama Toyota adalah tidak asing lagi dikalangan kita termasuklah di serata dunia. Tetapi model ini juga yang menarik minat saya untuk diisikan di sini. Model AE86 ini adalah generasi yang terbina daripada Toyota Corolla Levin dan Toyota Splinter Trueno dan merupakan generasi keliama di bawah Toyota Corolla. Ia juga merupakan sebuah jentera yang dibangunkan menggunakan rear wheel drive yang seakan-akan front wheel drive iaitu hanya roda belakang berperanan untuk menggerakkan jentera. Inilah yang membuatkan jentera AE86 ini amat digilai oleh sesiapa yang dikatakan kaki DRIFT. Manakala enginnya pula didatangkan menggunakan fuel-injected 4 silider twin-cam atau lebih dikenali dengan kod 4A-GE oleh pakar-pakar engin.

Engin 4A-GE inilah yang menjadi nadi penggerak kepada generasi kelima Corolla ini. Ianya didatangkan dengan dilengkapi dengan sistem T-VIS iaitu Toyota Variable Induction System yang menjadikan enginnya lebih berkuasa. Teknologi yang dihasilkan untuk dimuatkan di dalam AE86 ini adalah yang boleh dibanggakan diantara pesaing-pesaing sezaman dengannya. Dan kerana itulah membuatkan AE86 terus gah namanya ke hari ini selain dari reka bentuknya yang amat menarik.
Di atas ini merupakan transformasi perubahan kepada generasi penghasilan engin yang dibangunkan oleh Toyota. AE86 ini merupakan kenderaan yang menggunakan engin generasi pertama fuel-injected 4 silider twin-cam seperti apa yang dilengkapi pada Toyota MR2 pada waktu itu. Apapun AE86 ini mempunyai dua gaya yang berbeza iaitu pada style lampu depan yang berbeza dan untuk lebih jelas lihatlah di bawah ini yang mana lebih mengancam diantara keduanya.
Yang sebelah kiri ini adalah dikenali dengan nama Toyota Corolla Trueno AE86 dimana lampu depannya tertutup dan disebelah kana pula dikenali dengan nama Toyota Corolla Levin GT APEX AE86 yang mana lampu depannya tidak boleh diubah. Walau apapun pada saya keduanya mempunyai tarikannya tersendiri. Apa kata anda? Tepuk dada tanya lah diri sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
 
 
 
Copyright © Racing Machines Powered by: Blogger.com
Maintained By: sLeMe